Walaupun pada awal usia perkahwinan, ramai yang meramalkan rumahtangga pasangan ini tidak akan kekal lama, Datuk K & Siti Nurhaliza berjaya membuktikan sebaliknya.
Dalam pada itu, masih ada suara-suara nakal yang sering bertanyakan tentang soal zuriat yang sebenarnya di’luar kawalan mereka.
“Saya tidak nafikan, adakalanya sering terfikir juga tentang anak. Tapi, saya tidak mahu terlalu ambil serius sehingga menjadikan diri saya tertekan.”
Siti Nurhaliza mengakui yang beliau sering berdoa semoga Tuhan memakbulkan doa untuk memiliki zuriat sendiri & menjadi ibu yang baik.
Ketika ini Siti Nurhaliza berkata beliau lebih selesa menumpukan perhatian & masa kepada aktiviti seni beliau termasuklah sebuah konsert bersama M.Nasir tidak lama lagi di Singapura.
“Lagipun, saya tidaklah ‘terasa’ sangat kerana suami pun ada anak-anak…anak-anak saudara pun ramai,” kata Siti Nurhaliza kepasa mStar Online hari ini dalam nada ceria.
0 Comments