Qi mengaku, memang dia ditahan dalam serbuan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada malam Krismas lalu. Namun, akhirnya dia dibebaskan.
"Saya bukan ditangkap kerana dadah. Saya juga tidak mengambil dadah dan tidak dimasukkan ke dalam penjara seperti yang didakwa,"ujar Qi, yang juga adik Shahrin Blackrose.
Walaupun begitu, Qi bagaikan sukar untuk memberikan jawapan tatkala ditanya sama ada ujian air kencingnya didapati positif atau negatif.
"Sebelum saya beri apa-apa komen, lebih baik kita tunggu surat daripada pihak polis. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak mengambil apa-apa ubat selain ubat doktor,"jelasnya lagi.
Qi menegaskan cerita dia positif dadah tersebar disebabkan oleh salah faham. Kekasih aktres dan model Julie Woon ini berkata dia ke pusat hiburan itu untuk meraikan Hari Jadi rakannya yang baru datang dari United Kingdom.
"Saya baru sampai dalam 10 minit di pusat hiburan itu iaitu dalam pukul 2.45 pagi. Apabila serbuan dibuat, saya tidak membantah selepas diminta membuat ujian air kencing.
"Dalam masa yang sama, saya turut merasa risau juga kerana tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini,”ceritanya.
0 Comments