Luahan Badul yang pernah di label Playboy !!!

"Terus-terang saya katakan, saya dan isteri masih seperti dulu. Benar, pernah ada kes sebelum ini, tapi kami telah selesaikan dengan baik melalui perbincangan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

"Pada saya, itu cerita lama. Apa yang penting sekarang, kehidupan saya dan isteri seperti biasa saja. Kami masih tinggal sebumbung dan masih bahagia.

"Semua cerita mengenai khalwat dan pukul isteri itu hanya dibesar-besarkan. Hakikatnya, ia tidak seteruk yang dikhabarkan.

"Saya dan isteri tahu perkara sebenar. Sebab itulah, kehidupan kami masih bahagia hingga hari ini biarpun ramai di luar sana yang berpandangan serong pada saya.

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, isteri saya tahu apa yang saya lakukan. Itu lebih utama buat saya.

"Banyak perkara yang saya pelajari daripada kesilapan yang lalu. Mujurlah isteri amat memahami dan terima saya seadanya,
" katanya.

Zoom: Semoga pengalaman lalu mengajar Abang Bad kita ini erti sebuah pengorbanan seorang isteri yang masih setiap walaupun terpaksa mendengar suara-suara sumbang.Zoom tabik spring dekat isteri bad kerana masih menerima si suami walaupun pahit untuk dikenang.

Post a Comment

0 Comments