Tuesday, March 30, 2010

Bekas Rakan Kerja Kata Riz AF6 Hanya Jaga Kaunter MAS

Filled under: ,

Kasihan pula kami lihatkan Riz AF6 ini. Baru sahaja mahu kelihatan kool bergambar bersama Ferrari milik orang lain, sudah kantoi membuat kenyataan palsu.

Al-kisahnya, Harian Metro beberapa hari lalu menulis tentang kegilaan Riz AF6 terhadap kereta mewah & sudah pun memiliki sebuah kereta BMW.

Bercerita tentang sejarah pembelian kereta itu, Riz AF6 menyebut yang sebahagian duit datang dari hasil simpanan semasa bekerja sebagai pramugara dahulu.

Seorang bekas rakan sekerja beliau tampil membuat penafian yang Riz AF6 pernah bekerja sebagai pramugara.

Menurut individu yang masih rahsia identiti’nya ini, Riz AF6 hanya bekerja di’kaunter tiket MAS, bukan di’awangan tinggi.

Tidak mengapalah jika benar Riz AF6 hanya bekerja sebagai penjaga kaunter, tiada siapa kisah pun sebenarnya. Kenapa perlu bohong peminat ‘kan?

0 comments: