Dr Fazley & Anak Kedua, Fieradz di Prince Court Medical

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Jika orang seperti Fazley berkata beliau menerima kelahiran bayi kedua di’sebuah hospital swasta terkemuka di’ibu negara, mana lagi kalau bukan Prince Court Medical Centre.

Fazley yang kini berusia 32 tahun baru sahaja menimang cahayamata kedua belai bersama isteri tersayang, Azrene Soraya seminggu yang lalu.

Bayi comel ini lahir dengan berat 2.8 kilogram dan telah di’beri nama ringkas oleh pasangan suami isteri bahagia ini, Fieradz.

Menurut Fazley sendiri, beliau dengan sengaja memanggil nama timangan anak beliau ini sebagai Piyash, versi manja untuk Fieradz.

Tahniah kami ucapkan buat Fazley & isteri serta seluruh kaum keluarga. Terharu lihat Fazley yang tidak sorok-sorok anak kepada peminat.

Post a Comment

0 Comments