Yasmin Khanif Tidak Mengaku Punya Sugar Daddy

Screenshot2011 01 02at104856AM Yasmin Khanif Tidak Mengaku Punya Sugar Daddy, Datuk Ismadi Mengaku Taja Hidup Mewah. Ha!

Al-kisahnya, tanpa hujan tanpa ribut, Yasmin Khanif hari ini menjadi isu hangat di sisipan Pancaindera keluaran hujung minggu ini.

Ini semua gara gara temubual eksklusif oleh media berkenaan dakwaan yang kehidupan mewah Yasmin Khanif ini di’taja oleh seseorang.

Dalam temubual awal, Yasmin Khanif menolak dakwaan tersebut dan menyatakan yang kehidupan mewah beliau adalah 100% hasil titik peluh & kerja keras beliau.

Namun beliau tidak menolak untuk mengakui bahawa ada seseorang berpangkat Datuk menaja modal awal filem Cempaka yang beliau terbitkan melalui syarikatnya.

Datuk berusia 43 tahun itu di’dakwa Yasmin Khanif hanya melaburkan modal awal sebanyak RM100,000 dan hubungan beliau dengan Datuk itu hanya sebagai teman niaga.

Mari kita bacakan pula temubual eksklusif media bersama Datuk Ismadi yang mengaku menaja kehidupan mewah Yasmin Khanif.

sms yasmin khanif datuk ismadi Yasmin Khanif Tidak Mengaku Punya Sugar Daddy, Datuk Ismadi Mengaku Taja Hidup Mewah. Ha!

Datuk Ismadi, 43 (gambar) mengaku yang beliau menyuntik modal awal sebanyak RM200,000 (ermm) untuk filem Cempaka terbitan syarikat Yasmin Khanif.

Lelaki ini mengakui yang beliau lakukan pelaburan itu atas dasar cinta kepada Yasmin Khanif dan mendakwa selebriti itu berjanji untuk bertunang Disember lalu dan seterusnya berkahwin Mac 2011.

Pengerusi kepada Setia Satria TM Sdn Bhd ini juga mengakui menaja segala kehidupan mewah Yasmin Khanif — termasuk kereta & rumah.

Anak sulung Datuk Ismadi turut menganggap ayahnya sebagai ‘suami angkat’ kepada selebriti sensasi itu.

Atas isu ini, Datuk Ismadi meminta Yasmin Khanif membuat kenyataan maaf terbuka kepada beliau atau saman malu sebanyak RM5 juta bakal menyusul.

Sumber:rotikaya

Post a Comment

1 Comments

  1. Datuk ni pun makan duit haram sama jer dgn anak dia. Kaki penipu, aku kene tipu jual kereta dgn anak dia sampai habis lesap beribu2. Suka benar makan duit haram. Sampai aku report polis pun anak dia Khairul tu kaki penipu, makan duit haram tak serik2 menipu orang. Ni sah2 masuk neraka.

    ReplyDelete