Aaron Aziz Dan Isteri Raikan Cinta Di Kota Paris, Treler Prince Of The City


Memang diketahui ramai yang family man Aaron Aziz digilai ramai wanita, tetapi nampaknya dia tetap setia pada yang satu. Ramai yang bertanya sama ada Diyana Halik, isteri beliau merangkap pengurus kariernya berasa cemburu kerana Aaron berlakon dengan wanita-wanita lain, tetapi kami pernah membaca yang Diyana berkata dia tidak cemburu. Sukar untuk dipercayai?

Sebenarnya ini tidak mustahil kerana jika kita berasa secure dengan perhubungan dengan pasangan, tidak ada apa yang perlu diragukan lagi. Menyemak e-mel kami, ada pula insan yang mahu nama dirahsiakan menghantar gambar Aaron dan Diyana sedang berkucup di hadapan Menara Eiffel di Paris. Ya, kami tahu gambar ini sudah ada di blog-blog lain, tetapi rasanya gambar yang kami paparkan ini beresolusi tinggi:


Adakah gadis-gadis yang terluka hatinya melihatkan gambar ini?

Takpalah, kata orang kumbang bukan seekor. Dalam dunia ini katanya ada 7 orang berwajah serupa, jadi usaha lebih lagi, mana tahu ‘Aaron Aziz’ yang lagi 6 itu ditakdirkan untuk anda. Har har har. Apa pun, kami diberitakan yang treler untuk filem berbahasa Inggeris Prince of the City lakonan Aaron Aziz telah dilancarkan. Tonton di sini:



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments