Nur Amalina Che Bakri Masih Pelajar Cemerlang di Universiti

Baru-baru ni kecoh pasal penyebaran gambar yang dikatakan milik Pelajar Cemerlang 17A (Sijil Pelajaran Malaysia) SPM 2005, Nur Amalina Che Bakri. Beliau juga dikatakan tidak lagi menyambung pengajian perubatannya di Universiti Edinburgh selain menjalani gaya hidup bebas. Tup-tup harini keluar statement dari pihak ibunya, Puan Sabariah Hassan yang menyangkal dakwaan tersebut pada sidang media untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Photobucket

Antara penjelasan yang diberikan oleh ibunya adalah:

Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu

Menurut beliau lagi anaknya masih cemerlang dan kini sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah buku perubatan dan kini Nur Amalina sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK. Beliau juga dijangka akan menamatkan pengajian pada Mei ini.

Beliau berkata anaknya telah menghubunginya melalui “Skype” dan menurutnya Amalina sudah lali dengan tomahan begini kerana ianya bukan kali pertama perkara ini terjadi. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

sumber: Berita Harian



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments