Itu Bukan Saya, Saya Belum Berkahwin Pun – Wan Shades

Kasihan pulak Abang Nara kepada Wan Shades yang tiba-tiba dituduh sebagai suspek di dalam kes merogol anak tiri. Untuk anda yang tidak membaca Harian Metro semalam, seorang penyanyi R&B telah ditahan polis kerana terlibat dalam kes merogol anak tirinya selama beberapa tahun. Dan sebuah blog hiburan telah membuat spekulasi bahawa penyanyi tersebut ialah Wan Shades.

wan shades bukan perogol

Dan hari ini Wan Shades telah mengeluarkan kenyataan di Harian Metro yang dia sangat terkejut apabila membaca tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Menurut Wan Shades, tuduhan tersebut tidak berasas kerana dia masih belum berkahwin lagi. Memang tak logik untuk memiliki anak tiri sekiranya belum berkahwin. Tak gitu? Kata Wan Shades:-

Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menuding jari dan memarahinya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia. Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah. Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah.

Untuk makluman, Wan Shades telah pun membuat laporan polis semalam di Balai Polis Ukay Perdana. Diharap dengan penjelasan Wan Shades ini, namanya tidak lagi dikaitkan dengan kes merogol anak tiri yang sedang hangat diperkatakan kini.




sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments